Thursday, December 31, 2009

Last day of year 2009


Hi guys, its been a while for me to update my blog..rasanya orang pun dah naik jemu tengok blog i yang tak update2 ni kan??hahaha..sorry~

Memandangkan hari ni adalah hari terakhir dalam tahun 2009, jadi i pun nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 kepada semua yang sedang membaca entri ni. Dan walaupun agak terlewat tapi i masih juga nak ucapkan Merry Christmas kepada kengkawan yang menyambut perayaan ni tak kira di mana pun anda berada, samada bersama keluarga, kawan-kawan mahupun seorang diri. Have yourself a merry x-mas...hohoho \^o^/

Ok, buat diri i sendiri, i cuma berharap agar menjadi semakin matang dan tabah mengharungi hari2 yang mendatang walaupun bulan ni terlalu berat dugaan yang i terima, tapi i kena terima hakikat tiada yang kekal dan sempurna di dunia ni. For a while, i pray that i dont lose hope in God but please God, make me stronger than yesterday and i somehow 'thank you' God for everything that happened in my life. I know that all my loves one that been called by You will be in your good care.

Pada 27.11.2009 kira2 pukul 3-4 ptg, pakcik saudara i terlebih dahulu meninggalkan kami akibat stroke setelah lebih 2 minggu terlantar di Hospital Miri dalam keadaan koma. Ayah yang merasa 'kehilangan' sahabat baik pula sgt bimbang dan tak tenang sepanjang masa. Siapa sangka genap 10 hari pemergian pakcik, ayah pula menyahut panggilan Ilahi. Kami yang menerima berita kematian ayah semuanya tidak menyangka bahawa ayah secepat ini meninggalkan kami. Walaupun kami sedia maklum bahawa ayah memang sakit, tetapi tiada tanda2 ayah akan pergi selama-lamanya tidak sampai 2 minggu pemergian pakcik. Berat mata memandang, berat lagi hati yang menanggung. Benarlah kata orang, kalau tidak datang musibah masakan manusia akan sedar bahawa Tuhan sentiasa memerhatikan kita..

Ayah...mengenangmu pasti mengundang air mata. Seolah-olah baru semalam ayah bertanyakan bila kah anak mu ini akan balik. Baliknya anak mu kali hanya dapat melihat sekujur tubuh ayah yang dingin dan kaku. Did you hear me dad? I love you so much and I'm terribly sorry for not fulfilling your wish to see me get marry this year. I never intend to be a bad daughter. I just couldnt help it when this matter (marriage) involve two different cultures and traditions. Please forgive me dad..T.T

I dont know whether i should make a resolution for new year. Buat azam baru pun entah dapat tunaikan atau tak. I cuma nak kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri, keluarga, rakan-rakan dan harapnya dunia akan lebih aman untuk didiami. Oh..dan juga pekerjaan yang lebih mantap untuk semua...tinggalkan 2009 dengan hati yang pasrah dan reda dan sambutlah kedatangan tahun baru 2010 dengan semangat dan keazaman yang lebih tinggi!!

Selamat Tahun Baru 2010 ~

Note: Wahhh...kali ni I tulis entri ala2 mengarang novel lak..hahaha..sorry lah k..i cuma taknak terlampau emosi masa menulis. Masa tulis cerita pasal ayah i pun, airmata tak henti2 kuar...ok la, jumpa lagi tahun depan..see ya!